Tuesday, June 28, 2011

=_______=

SometimesGODdoesn`tgiveyou
whatyouthinkyouwant

Notbecauseyoudon`tDESERVEit
butbecauseyoudeservemore

Monday, June 27, 2011

D A Ynine : 10 ways to win your heart

Assalamualaikum (:
semoga kalian sihat , ceria dan senyum sokmo yea S)
kali ni nak teruskan permainan yang tak sudah2 tu. 10 cara nak memenangi hati saya. ececeh ingat rancangan cari pasangan ke hape ? =------------=

satu : hangpa kasi cokelat cadbury untuk cheq stok satu bulan boleh?
dua : ekau kasi eden satu set lengkap brand DOMO KUN. gerenti eden senyum sapa ke tolinge. (:
tiga : nyanyi lagi BRUNO MARS boleh? 
empat : kaki shopping? haaa boleh la join.
lima : suka bersukan kalau boleh nak ada org teman dan bagi sokongan setiap kali beraksi. tehee
enam : melayan perangai yang suka bergambar bile penyakit sengal datang. HAHA :D
tujuh : ada setengah perempuan cari pakwe hensem ada yang cari pakwe kaya. haa saya nak cari pakwe rambut hensem. jeng jeng (:
lapan : suruh buat kije sekolah boleh? < diri sendiri tempah maut mau kena sekeh > 
sembilan : can i borrow your shoulder when i`m cry.? 
sepuluh : sentiasa memahami sebab tuan diri sangat sentisif orangnyer. huek huek

satu sampai sepuluh saya tujukan pada sesorang kew? saya hanya menulis apa yang ada dalam hati. 



apa dalam fikiran : just be yourself, smile and always be happy .okei selamat petang semuaaa. Hari ni belum makan lagi,jom pekena mee rebus :)




Lelaki ini dikategori sebagai ?

Assalamualaikum (:

Apa korang rase bile dengar lelaki mencarut?
Ayat hujung tu tak tahan sebut b***
Ayat hujung tu ayyak sebut p*****
Ayat hujung tu sesenang sebut p******
Lagi dashyat s***, f*** 
Fuhhh berat jantung nk type menda2 cangini.

Ayyak macam macam perkataan kau mencarut memaki hamun tak sedar diri. Dah jadi makanan ruji kalau tengok. Dasyat sampai kekedang rase tak phm ape yea lelaki nie cakap? Wow ! 

Weii ubahlah sikit percakapan tu jadi lemah lembut sopan santun. Bayangkan nanti kalau anak cucu cakap caci maki kat kau,mesti kau rase nak hempuk tenyeh cili api banyak2 kat mulut.,takkan umur dimamah usia baru nak berubah. Seronok sangat ke mencarut memaki sampai tak ingat diri, yg tak tahan umur dah tua pon nak sebut jugak. Siresly masih tak paham apa nak jadi dengan lelaki zaman sekarang. Konon nak nampak gengster yea,. porahhh pirahhh wa cakap lu..tak berkenan langsung.!

Bukan nak tunjuk baik kew buat entri camni tapi rasenyer kat luar sana ramai yang beranggapan seperti tajuk kt atas, dok payoh nk carut2 maki2 dok molek langsung buat tambah berat bahu belah kiri adelah ( bahase ganu doh kuar. parok lagu tu awang weiii )

apa dalam fikiran : berbudi bahasa amalan mulia tak gituuu? kalau perempuan mencarut nak kategori sebagai ape lak yea? Nilai sendiri lah~

Sunday, June 26, 2011

NAK TAU RAHSIA TAK?

Assalamualaikum 
breep breep (: 


Dengar sini cik abag tuan puan datuk datin, rakan blogger ade buat satu segmen sempena post yang ke 100.
 Cayalah myhatiku.blogspot. . 
Terima kasih sebab invite (:

Nak tahu camne nak join klik NAK TAU RAHSIA TAK?

Saya Gula - gula Kapas
saya suka gula gula kapas sebab rase makanan nie sangat manis membuatkan senyuman saya makin bertambah manis. tehee bagi saya makanan nie sangat chumill aishh kekadang beli rase sayang nk makan selain warna nyer sangat ARCHROMATIC buat hati bertambah girang (:  
( Archromatic adalah bahasa architecture. hee =___= )

ape dalam fikiran : ade hadiah ke untuk segmen nie.? teheee S)


Saturday, June 25, 2011

D A Yeight : 10 of your favourite songs

Assalamualaikum 

Masih ingat game yang sy main sampai hari ni tak sampai2 ke garisan penamat,asyik pancit jew.. wuwu.Yelah mane taknye 2 bulan cuti duk kat rumah lemak makin bergiat aktif. < mau kurus semula! >
Jom tengok 10 lagu yg saya suka. Acteli saya bukan lah seorang yang minat lagu sampai menghafal sepuluh hari sepuluh malam cume my habit akan pasang lagu tu berulang kali sampai dah jemu. =_____=

1 | Count On Me - Bruno Mars
2 | Just The Way You Are - Bruno Mars
3| Dont Let Me Fall - Lenka ( lagu nie besst melodi lirik smoth jew. cube lah dengar )
4 | Semua lagu Taylor Swift sebab saya memang minat penyanyi nie.Kalau list semua lagu dia takde lh 5,6.7.8 sembilan sepuluh kan. heee
5 | D`masive - Jangan Menyerah
6 | One Sweet Day - Mariah Carey
7 | I Surrender - Celine Dion
8 | Decoustic - Mencintaimu
9 | Grafiti Cinta - Farah Af2
10 | Yang Terindah Ost Adamaya. <3

okey pinih. kepada lelaki2 kachak luar sana yang nak mengorat kite boleh lah tuju lagu2 kat atas kat kite,pasti hati kite cair macam susu cair perisa MARIGOLD lah! eceeceh pransantan betul kau Maira Yahya. huekhuek tadaaa. :))

ape dalam fikiran : esok pagi sabtu kite nak pergi DATING`s. mau ikot? Jom (:

Friday, June 24, 2011

siyes mahu tengok !

 Assalamualaikum (:


Mahu tengok2x! sambil hentak2 kaki, siresly mahu tonton MAHARAJA LAWAK peringkat akhir. 
mane mahu tengok sedangkan rumah saya ada Astro tapiiiii channel Warne takde! grrr. Dari dulu lagi saya suruh my abah tambah channel Mustika tu tapi katenyer tak payah sebab nnati adik2 kau makin menjadi2 tengok tv. uwaaa sedih lol. Memang selama nie sy asyik tengok kat you tube, nasib lah tak boleh tengok live, kena tengok lpas show dorang tamat.Kesian kan? wuwuwuw :(

JOZAN beesssssssssssssssssssssttt :)
Tahan hati jangan sedih jangan geram nanti muka bertambah kedut2. heee. Ni haa saya harap sangat Jozan menang malam nie sebab lawak dorang memang bermutu lawak tahap gaban sampai perut pecah nak berderai. kih3. Semoga dorang dapat buat persembahan yang bessssssssttt dan peserta peserta laen pon same lah.. 

ape dalam fikiran : mahu ajak my syangness emah dan hanis keluar makan sambil cari kedai yang ade channel mustika boleh layan ML kan. (:

Thursday, June 23, 2011

Kelebihan Bulan ALLAH.

As Salam. 
Masih belum terlambat untuk bercerita tentang bulan Allah iaitu bulan rejab. Subhanallah luasnyer nikmat Allah berikan kepada hambaNYA. Acteli bukan niat untuk mempersendakan kebaikan dan tidak mengamalkan dan tujuan nak post info ni untuk peringatan diri sendiri dan berkongsi ilmu Islam. InsyaALLAH belum terlambat nak berpuasa. Semoga dengan sedikit info memberi kita banyak manfaat. Amin. (:
< nak copy dan paste entri nie jgn segan silu, benda baik jgn kedekut sebab sy pon copy dan paste. >
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Wednesday, June 22, 2011

#2 Wordless Wednesday

As Salam.


D A Yseven : 10 important people

As Salam.

update versi ganu lah. boleh kan. hee game nie bile auu nok habis. jom!

10 orang penting dalam hidup 
saya.nok type laju laju sebab hari dah maghrib.
tarik nafas dalam2 dan mula.

satu | aboh
dua | ma
tiga | along. ( kak long saya dah kahwen. hihi )
empat | angah 
lima | kak chik ( tobak mau ade kaki cam dye. nok sepak org senang ckit. kih3 )
enam | sahafie
tujuh | irah
lapan | ijah
sembilan | arul
sepuluh | boifrenn dan bakal suami masa depan. kikikihh.

sudoh dah,penuh korum dengan adik beradik saya jew. HEE. bijok ngat soalan nie. HAHA :D

outt dulu. Wassalam. (:


Monday, June 20, 2011

Konsert AF2 Minggu 6 Memory

Assalamualaikum..
Breep Breep.
wuwu sungguh rindu akan tagline Frah af2.
Kak Farah bile dapat ketemu arrr? sungguh teringin nk jumpe.
One day,I hope i`ll see her.
Pepagi camni melayan kenangan kenangan AF 2 sebab tu je Af yang sy minat. hihii

Jom layan The Memory song by Af2 (:


Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum (:
Selamat berhujung minggu buat teteman blogger yang senantiasa aktif mengupdate cerita baru. 
yayyyy hari ni rakyat Terengganu senyum sampai ke telinga ye sebab cuti umum sempena kejayaan skuad SUKMA dan kemenangan menjulang piala FA. saya? hoho cuti dari buat kije ler.. kih3. 
tak nak meleret leret cuma baru nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA buat ayah ayah di seluruh MALAYSIA. hadiah untuk abah? ongkos takde lah sebab cuti nie memang aktif menanam anggur jew tapi hasilnyer tak dapat lagi. hee. abah, aley hanya kirimkan doa setiap hari agar aboh senantiasa dimurahkan rezeki,di beri pintu kesihatan yang luas serta bahagia di samping ma dan anak2 aboh. aminn.
Happy Father's Day to my abah.The greatest i gift i ever had,came fr0m God i call him Ab0h.
Never forget to thank God for all the blessings He has given us. No matter how good/bad, there is always a reason & it is always for the be

Wednesday, June 15, 2011

| 1 | Wordless Wednesday

Assalamualaikum (: 
Happy Wednesday.
What the Wordless Wednesday? clik here 
u`ll know. tehee. wordless pliss. no no no. 



okey Done. As Salam (:

Monday, June 13, 2011

PIALA FA milik TERENGGANU. :))



Assalamualaikum.. :))
| PASUKAN TERENGGANU |

GOOOAAAAAALLLLLLL.. hasil jaringan NURUL AZWAN ROYA pemain kelantan minit ke 79.
GOOOAAAAAALLLLLLL.. jaringan kedua hasil gol sendiri pasukan kelantan, DAUDSU JAMALUDDIN. Bagai mati hidup semula pasukan TERENGGANU, TERIMA KASIHHHH!! DAUDSU menganjak perlawanan sehingga ke masa kecederaan seterusnyer ke masa tambahan. i know semalam i menjerit melonjak keriangan siap give five ngan my abah time daudsu menjaringkan goal sendiri. Bagi pendapat sy lah,beliau tak leh nak buat2 sebab gayanya mahu menyelamatkan bola tersebut apakah daya tandukan daudsu menyebabkan bola masuk ke gawang sendiri.Acteli kalau daudsu tak tanduk masuk gol sendiri pon sy rase lorongan bola dari pemain Baby face TERENGGANU,ASHAARI SAMSUDIN dan gerakan kanan dari MANAF dapat berjaya menewakan penjaga gol KELANTAN CHE KHAIRUL FAHMI atau dikenali sebagai APEK lebih lebih lagi JOSEPH KALLANG TIE dah menunggu di depan gawang gol KELANTAN..

 i think game TERENGGANU dan KELANTAN penuh dramatik dan kenapa ? 
1 ) macam geram jeeee tindakan PIYA,ketua pasukan KELANTAN.
2 ) JOSEPH KALLANG TIE patut diberi pujian sebab dye seorang yg sangat rajin !
3 ) ABDUL MANAF. u jugak layak di panggil wira oke. 
4 ) HADI dan ASHAARI hampir mengoyahkan barisan pertahanan KELANTAN. good work!
5 ) fuhhh selamat sepakan mat yo tak masuk goal.
6 ) 12 kad kuning oleh pengadil semalam. rajin betul ref yeaa tapi ref nie tak adil. yelllaah pemain kelantan banyak mengasari pemain terengganu tapi tak nampak ke hape aeerrr? tak nak plop bagi kad. ceit!
7 ) tindakan jurulatih IRFAN mengarahkan MARZUKI dan ank buahnyer turun mengasak dan menyerang adalah satu tindakan berisiko but amatlah wajar sekali di saat genting macam tue. 
8 ) wajar HADI keluar sebab tak menjadi lahh. takpe HADI, LIGA SUPER men elok2 yea. i support u lah..
9 ) Tahniah Marzuki dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. 


 dan dan dan GOOOOAAALLLLLLLLLLL lagi ! pemain gantian TERENGGANU AHMAD NORDIN ALIAS muncul menjadi wira TERENGGANU sekaligus menjadikan gol kemenangan pada minit 109. Alhamdulillah,Tahniah dan Syabas pasukan TERANGGANU muncul juara baru PIALA FA.

meraikan gol kemenangan hasil jaringan nordin alias
Irfan Bakti di julang oleh anak buah :))

| TAHNIAH wira wira TERENGGANU |


Tidak lupe TAHNIAH dan SYABAS kontijen TERENGGANU yang menjurai SUKMA KUALA LUMPUR 2011. Terengganu nelang habis yea.. haaa tidakkah korang rase piala FA macam tong gas ? bhaha. :))

Saturday, June 11, 2011

G r a d u a t i o n D A Y

assalamualaikum. 
senyum sikit :) alahaii saya nie selalu update cite basi..okie okie cerita lama kalau update jadi cite baru jugak kan. dan sebenarnya sy nak story mory pasal hari garduasi SIJIL SENIBINA saya dan pelajar lain yg selamat dijalankan oleh pihak POLISAS pada 26 mei 2011. Alhamdulillah selamat berkonvo untuk diri sendiri dan teman teman yg laen.. Gembira berdebar terkilan sedih semua perasaan ada hari tu. =.= 
Okie sy ada upload bebarapa keping gambar untuk koleksi belog ni. jom tengok ~~

25 MEI 2011 ( HARI RAPTAI )
saya dan ecah. kebetulan plak pakai baju sama. aduhaii tembannyer ppku. ada sesiapa nak berkongsi camne nak kuruskan pp? tell me pliss.~~

saya~kushi~ayuni~adni. untuk ADNI DAN KUSHI , banyak benda yang nak dibualkan tapi tak sempat nak dibualkan. sy berharap suatu masa nanti kami dapat berkumpul semula dan dapat borak lebih lama. guys,i miss u. SERIESLY.
untuk AYUNI : jumpe kat PD nanti,berjuang untuk satu sem lagi. PASTI ~


26 MEI 2011 ( HARI KOVOKESYEN )
alhamdulillah setelah 2 tahun berhempas pulas mencurahkan tenaga,idea,komitmen untuk  pelajaran sy,akhirnyer dapat jugak sy genggam SIJIL SENIBINA POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR. Pengalaman yg tidak akan lupakan sampai akhir hayat. Ilmu senibina yg banyak akan saya gunakan sebaik mungkin. INSYAALLAH :)

tadaa.. gonna miss this moment. SURE.
alahaii pasti meriah kalau ramai lagi kan time nie. T_T




pagi hari kovokesyen.beratur mengambil slip nombor.. hammmboii khairi senyum mewek yea.  TAHNIAH dapat sambung belajar. :)
| kami berlima |
anjewww. TAHNIAH. sy harap rayuan awak diterima. datang PD  tau. boleh kite men banana boat. hihi
bersama CHE NURUL,my junior but konvo sekali. TAHNIAH. :)
adni. sy rapat dengan adni sem akhir. dye seorang kawan yg baik, komitmen pada kije THE BEST. selagi tak siap selagi tu dye akan siapkan tapi apakan daya kami terpisah jauh sy nun di SELATAN adni nun jauh di UTARA . ape ape pon kami selalu berhubung di laman fesbuk dan masing2 akan meluahkan perasaan sedih,cuak akan DESIGN melalui talifon. HARAP PERSAHABATAN KITA AKAN BERKEKALAN SAMPAI AKHIR HAYAT. INSYAALLAH. <3


| Nur Ain, Fasya Aisya, Maira Yahya, Fatin Farhanah Sihabuddin |
sempat bergambar bersama pensyarah LUKISAN KERJA 2. en badrul hisham. TERIMA KASIH ENCIK. sy takkan lupakan nasihat dan segala ilu yg encik bagi. :)

ALAHAIiiii chumillnyer puan izzan. pensyarah paling kecik,baik dan merangkap jurulatih bola jaring sy time di POLISAS. huu. bersama juga puan mawar, opss dah bertukar status rupenyer cik. hihi. sweet aje kami kan?? ~~

firstly aley nak ucapkan terima kasih pada abah dan ma sudi hadir ke majlis konvokesyen  sijil aley. terharu sangat2 hari tu lebih2 lagi abah belikan bunga. ABAH dan MA adalah tulang belakang aley. akan aley balas jasa ma dan abah dengan kejayaan aley. InsyaALLAH. ( seriesly sy sangat sedih nak tulis pjg2 sebab sy sdg menangis teringatkan penat lelah ma dan abah memberi segala keperluan saya,menghantar saya dan merestui saya sehingga saya berjaya menamatkan SIJIL saya. aley sayangkan ma dan aboh <3 )

acteli ramai konfius saya belajar dimana,kos ape yg saya amik. meh meh nak cite. after SPM adalah saat yg paling sedih dalam hidup sebab tak dapat tawaran mne2. UPU tak dapat, MAKTAB tak dapat apatah lagi bile frust menonggeng sampai rayuan langsung dok buat so sy pergi masuk form six.. Serius cakap sy rase rendah diri,menyesal semua adalah tapi sy percaya ALLAH sentiasa ada,mendengar keluhan,aduan kite dan saya percaya di saat sy kecewa dgn diri sendiri ALLAH kurniakan saya satu rezeki untuk sambung belajar di politeknik. Syukur alhamdulillah dan saya gembira sehingga sekarang sebabnyer saya dapat buktikan mereka mereka yang pernah mengutuk saya katanyer kalau belajar sijil membazir masa dan bla bla bla. < DAH LUPAKAN >  . tanggapan awak salah dan sekarang saya rasa kita sama sama nak habiskan DIPLOMA right? alhamdulillah slps gap 6 bulan saya ditawarkan sambung integrasi DIPLOMA SENIBINA selama setahun bermakna 2 sem di POLI PORT DICKSON dan sekarang saya hanya ada satu sem untuk tamatkan DIPLOMA saya. doakan saya berjaya yea kawan kawan. semoga perjalanan saya dipermudahkan. aminn :)

D A Ysix : 10 items you can't live without

Assalamualaikum

hoho..breep breep (:
alhamdulillah akhirnyer berjaya jugak sy nak update blog. i dunno why when i wanna upadate new entry and open new post, symbol loading menari- nari di tengah sampai sy naek bosan menunggu. Haa. satu sifat yg dah bertukar kpd tidak baek sebabnyer sy memang seorang yg tidak suka menunggu lame2. hii. okie berbalik kpd tajuk entry game tg sy maen awal bulan lima tak habis2. why? what? kan dah bagi reason kat ats. hee. banyak benda acteli dah settle. weeding my sis dah selamat dilangsungkan..haa pasal wedding tu next entry lah. :D
jom lihat 10 perkara yg saya takleh hidup tanpa benda tersebut.. 
 satu | beg dompet wanita. ohh dalam tue ic,kad bank,lesen memandu dan bermacam2 kad ada. takde tue hilanglah identiti sy. hihi
dua | laptop. hidup sy pasti bosan tanpa gajet ni sebabnyer saya takleh nak jumpe en google cari maklumat2 penting. haha. alasan semata2. (:
tiga | ipod pink. hadiah dari kakak sy.. di kala kebosanan sy pasti cucuk hearpone dlm telinga sambil mendengar nada muzik. hii
empat | tetikus. benda paling penting bile membuat kerja dalam software CADD, SKETCHUP. REALLY IMPORTANT!
lima | seluar VOIR jeans. walaupun ada yg baru seluar lama tetap jadi pilihan.
enam | deadorant. wajib pakai setiap selesai urus diri. 
tujuh | minyak wangi PARADISE. i like bcoz baunyer seperti buah-buahan tanpa sebarang bahan kimia. (:
lapan | air minuman botol. memandangkan cuaca sekarang panas,yea sy amat memerlukan.
sembilan | bedak carier junior perisa berry. penting la sebab tu duduk kedua last.. 
sepuluh | bantal busuk. OMG umur 21 masih ada BB. haha., wajib woo kalau dok,dok lena tido. wuwu. (: